Read more: http://www.khaiangel.com/2013/04/related-post-with-thumbnails-untuk.html#ixzz2RIvSv3Ii
Selamat Datang....Blog ini mempunyai lagu latar.. sila kuatkan pembesar suara anda...Terima Kasih

Pages

Saturday 8 June 2013

Teromba


Teromba
Teromba terkenal dalam orang Minang yang kuat berpegang kepada adat Perpatih. Teromba juga dikenali dengan nama-nama seperti terasultambo, dan salasilah. Sesebuah teromba lazimnya mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum hidup bermasyarakat.
Terdapat banyak pengertian teromba; ada yang menyatakan bahawa teromba sebagai perbilang adat, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat. Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah baris dalam setiap rangkapnya tidak tetap, manakala rima akhir setiap baris pula tidak sama. Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa jenis puisi tradisional lain, seperti pantungurindam, dan peribahasa. Contoh teromba adalah seperti berikut:
(Sumber: Wikipedia)
Merisik dalam adat istiadat perkahwinan
Adalah saya bak kata orang,
Kok ibarat umur baru bertukar muda,
Pendapatan pun belum ada,
Pandangan pun belum banyak,
Pengalaman pun belum jauh,
Kok darah belum setampuk pinang,
Kok jalan kurang pasa,
Kalau begitu kedatangan saya ini,
Ibarat pergi ke huma,
Singkap daun ambil buah,
Adapun kedatangan saya ini sama-sam faham,
Orang ke awak, awak ke orang,
Semenda bersemenda
Kok ibarat dasar pusaka,
Kok segar disiram, 
Kok putus kata di pangkal,
putus dengan dibagi,
Duduk berperuntungan,
Mati hukum Allah.
Duduklah pula sepelarasan,
Pandangan memandang satu nan lain,
Iaitu bersuku-suku,
Berapalah sukunya dua belas,
Dua belas Muar dua belas Jempol,
Enam Teraci Enam gunung Pasir,
Kok selaman sepermainan,
Kok sejamban seperulangan,
Tapi dek hokum tak mengambil,
Diharuskan pula semenda-menyenda.

(Mohd. Yusof Md. Noor & Abd. Rahman Kaeh, 1996: 196)



No comments:

Post a Comment

 

Dasar Penafian

Pihak Blog ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang anda alami apabila anda melayari blog ini.
Layari blog ini menggunakan Mozilla Firefox 20 dan ke atas

Ping Me

Ping your blog, website, or RSS feed for Free