Read more: http://www.khaiangel.com/2013/04/related-post-with-thumbnails-untuk.html#ixzz2RIvSv3Ii
Selamat Datang....Blog ini mempunyai lagu latar.. sila kuatkan pembesar suara anda...Terima Kasih

Pages

Sunday 7 April 2013

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti, tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Selain itu, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.

Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih daripada 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/ bahasa Urdu.

Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat lain.

Sumber : http://indahnya-bahasa-kita.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

 

Dasar Penafian

Pihak Blog ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang anda alami apabila anda melayari blog ini.
Layari blog ini menggunakan Mozilla Firefox 20 dan ke atas

Ping Me

Ping your blog, website, or RSS feed for Free