Read more: http://www.khaiangel.com/2013/04/related-post-with-thumbnails-untuk.html#ixzz2RIvSv3Ii
Selamat Datang....Blog ini mempunyai lagu latar.. sila kuatkan pembesar suara anda...Terima Kasih

Pages

Saturday 8 June 2013

Cindai: susunan lirik berciri pantun

Pantun bertema buah-buahan juga amat menarik dan boleh dijadikan daya penarik dalam majlis....

Tema: Buah-buahan

Pantun buah-buahan:

Pisang emas di bawa belayar,

Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar.
Hutang budi dibawa mati.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Sorong papan tarik papan,

Buah Keranji dalam perahu;

Suruh makan saya makan,

Suruh membaca saya tahu.

Ambil buah pelam,
Simpan dalam raga;
Belajar dalam diam,
Ilmu simpan di dada.

Buah manggis buah duku,
Dalam raga di atas meja;
Adik suka membaca buku,
Kakak tolong emak kerja.

Sungguh banyak buah manggis,
Rasanya manis macam gula;
Rindukan emak adik menangis,
Sekejap lagi pulanglah dia.

Pokok mangga tidak berbuah,
Pokok ada di tepi kota;
Ibu bekerja menuai di sawah,
Mencari beras untuk kita.


Buah pisang masak di batang,
Manis rasa buah nangka;
Nampak luas sawah bendang,
Sawah padi negara kita.


Talibun

Talibun

Definisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama. Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.
Talibun mengungkap persoalan yang berbagai bergantung kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti senjatapakaiankenderaan,negeriperlakuan manusiafenomena alamperasaan, dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.
(Sumber: Wikipedia)

Talibun 6 Baris

Kepada istri cinta utama
Merasa jenuh berlalu gampang
Kerja lembur berhari - hari
Tiada hari tanpa merana
Adinda jauh selalu terbayang
Jika tidur termimpi - mimpi

Agenda Minggu padat semua
Pelana kuda berjarum tulang
Kuda pedati ada di Bangka
Adinda menunggu sangat merana
Karena Kanda belum pulang
Kanda kembali dinda bahagia

Mencari ikan di dalam lubuk
Ikan gabus banyak dinanti
Lubuk dalam tanah tertimbun
Setiap hari bermain facebook
Bosan rasanya status berganti
Perkenankan hambe lantunkan talibun

Punai hinggap di kayu rapuh
Batang dipenuhi dedaunan coklat
Lama tak dikecup sinar mentari
Selagi melarat munajat bersimpuh
Ketika lapang lupakan shalat
Sajadah dikunci dalam lemari

Selasih di rimba Jambi
Rotan ditarik orang pauh
Putus akarnya di jerami
Kasih pun baru dimulai
Tuan bawa berjalan jauh
Itu menghina hati kami.

Kalau anak pergi ke pekan
Yu beli belanak beli
Ikan panjang beli dahulu
Kalau anak pergi berjalan
Ibu cari sanakpun cari
Induk semang cari dahulu

 
 

Dasar Penafian

Pihak Blog ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang anda alami apabila anda melayari blog ini.
Layari blog ini menggunakan Mozilla Firefox 20 dan ke atas

Ping Me

Ping your blog, website, or RSS feed for Free