Read more: http://www.khaiangel.com/2013/04/related-post-with-thumbnails-untuk.html#ixzz2RIvSv3Ii
Selamat Datang....Blog ini mempunyai lagu latar.. sila kuatkan pembesar suara anda...Terima Kasih

Pages

Tuesday 23 April 2013

Ciri-ciri pantun



CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK


Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
*      mengandungi 4 kerat/baris
*      jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
*      jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
*      ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
*      bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
*      bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
*      maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
*      sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

FUNGSI PANTUN
*      Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
*      Sindiran atau tempelak
*      Melepaskan rindu dan kasih sayang
*      Menyatakan penghargaan/terima kasih
*      Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
*      Hiburan atau jenaka


No comments:

Post a Comment

 

Dasar Penafian

Pihak Blog ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang anda alami apabila anda melayari blog ini.
Layari blog ini menggunakan Mozilla Firefox 20 dan ke atas

Ping Me

Ping your blog, website, or RSS feed for Free