Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara
4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12
suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris
di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu
mestilah sama- a,b,a,b .
bahasa yang halus, penuh kiasan dan
sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran,
moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri
tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud, mempunyai nilai hidup
masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan
menggunakannya.
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap
pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima
kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait
dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. b. Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap
rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang
hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).
c. Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada
tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada
tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
d. Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata.
Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua
belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang
sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada
tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam
setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama
dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun
yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian.
Maksud
pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris pertama
merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi maksudnya.
Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan sebagai sindiran.
Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan lain-lain.
Pihak Blog ini tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang anda alami apabila anda melayari blog ini. Layari blog ini menggunakan Mozilla Firefox 20 dan ke atas