Harun Mat Piah (1989), telah
memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau
struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema
dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua
aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-lambang tertentu yang
terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat
Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang
dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh hampir
seluruh kehidupan masyarakat Melayu.Selain itu dalam memberi pengertian pantun,
beberapa pengertian telah dikemukakan oleh Za’ba, Drs. Liaw Yook Fang dan Drs.
Ghaali Dunia. Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan
memang asal kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu
surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa
berbalas-balas pantun sesama sendiri’.
Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai ”sejenis puisi lama yang
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau
”...sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris
yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja” (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710).
Bagi pantun yang popular, bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris
sebagai pembayang maksud, dan dua baris lagi sebagai maksudnya.
PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.
Di Nusantara,
pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati
turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam
serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan
Malaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad
lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam
Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam
memartabatkan budaya Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di
Kementerian.
Za'ba
dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun
itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama."
Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau
iaitu panuntun yang bermaksud
pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah
dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun
sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka
atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.
No comments:
Post a Comment