Kekayaan
khazanah pantun Melayu diwarnai oleh sekumpulan pantun yang sungguh istimewa
dan unik serta mewakili peri ketinggian daya pemikiran dan kehalusan bahasa
Melayu. Pantun tersebut sentiasa segar dalam hafalan masyarakat Melayu,
diingati generasi demi generasi, malahan berterusan hingga ke hari ini sebagai
khazanah pantun klasik Melayu. Antara pantun yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:
Tenang-tenang
air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa nak junjung.
Tingkap
papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. |
||||
|
||||
Puas
sudah kutanam padi,
Nenas juga ditanam orang; Puas sudah kutanam budi, Emas juga dipandang orang.
Dari
mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. |
||||
|
||||
|
||||
Tudung
periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota; Kain yang buruk berikan kami, Buat menyapu si air mata. Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kupinang-pinang tetapi tak dapat, Kupujuk-pujuk kubawa lari. |
||||
|
||||
Sayang
laksamana mati dibunuh,
Mati dibunuh datuk menteri; Tuan umpama minyak yang penuh, Sedikit tidak tertumpah lagi. Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
||||
|
||||
Buah
cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Dagang tuan dagang bertempat, Dagang saya bertumpang lalu. |
||||
|
||||
Padi
muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut salah datangnya. Kalau mengail di lubuk dangkal, Dapat ikan penuh seraga; Kalau kail panjang sejengkal, Jangan lautan hendak diduga. |
||||
|
||||
Kalau
ada jarum patah,
Jangan simpan di dalam hati; Kalau ada silap dan salah, Jangan simpan di dalam hati. Malam ini merendang jagong, Malam esok merendang serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. |
||||
|
No comments:
Post a Comment